YYForce (NASDAQ: YFOR) Melancarkan Robot Humanoid Terlatih untuk Perkhidmatan Konsierj Hotel Menggunakan NVIDIA Jetson dan Isaac Sim
News originally published by
GlobeNewswireKonsierj humanoid pertama “Six Seven” akan ditempatkan di Novotel Singapore on Stevens

Robot konsierj humanoid terlatih YYForce "Six Seven" (67)
SINGAPURA, Nov. 25, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- YYForce Inc. (NASDAQ: YFOR) (“YYForce” atau “Syarikat”), penyedia penyelesaian berasaskan AI untuk tenaga kerja barisan hadapan, robotik dan fasiliti yang diperkasakan AI, hari ini mengumumkan pelancaran robot humanoid yang dilatih menggunakan kaedah proprietari dan direka untuk menyediakan perkhidmatan konsierj hospitaliti secara langsung, dengan memanfaatkan pengkomputeran AI pinggir NVIDIA Jetson dan aliran kerja simulasi NVIDIA Isaac Sim.
Dinamakan "Six Seven" (67) oleh pasukan hotel, konsierj humanoid pertama ini akan ditempatkan di Novotel Singapore on Stevens, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam membawa AI berjasad komersial daripada persekitaran latihan kepada aplikasi dunia sebenar dalam perkhidmatan hotel yang berinteraksi secara langsung dengan tetamu.
Diintegrasikan ke dalam seni bina Workforce OS milik YYForce, "Six Seven" menggabungkan kecerdasan perbualan semula jadi dengan maklumat tentang kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia serta pengetahuan tempatan masa nyata untuk menyediakan pengalaman interaksi tetamu yang menyeluruh di lobi hotel. Konsierj humanoid ini terlatih untuk mengendalikan pelbagai interaksi tetamu, termasuk:
Perkhidmatan Konsierj Hotel dan Makanan & Minuman yang Menyeluruh: Memberikan jawapan segera mengenai restoran di premis, lokasi acara, waktu operasi, menu sajian serta acara dan aktiviti harian hotel.
Panduan Perjalanan Setempat dan Seluruh Singapura: Membantu pengunjung menavigasi kawasan sekitar, mengenal pasti tarikan berdekatan, meneroka pilihan pengangkutan serta mendapatkan cadangan pelancongan terpilih di seluruh Singapura.
Hospitaliti dan Penceritaan Interaktif: Memberi respons secara semula jadi terhadap pertanyaan terbuka daripada tetamu serta melibatkan pengunjung dan keluarga melalui penceritaan interaktif untuk mencipta pengalaman ketibaan yang tidak dapat dilupakan.
Sebuah video pendek mengenai Six Seven dalam latihan tersedia di sini: https://youtu.be/msQGAYrEHoU
Bagi mencapai prestasi yang boleh dipercayai dalam persekitaran hospitaliti awam yang dinamik, YYForce membangunkan dan mengesahkan "Six Seven" menggunakan NVIDIA Isaac Sim untuk simulasi AI fizikal dan latihan sintetik, digandingkan dengan NVIDIA Jetson bagi inferens AI pinggir terbina dalam yang berlatensi rendah serta interaksi suara masa nyata.
“Penempatan Six Seven di Novotel Singapore on Stevens akan membuktikan bahawa robotik humanoid mampu memberikan kemesraan tulen, ketepatan dan nilai operasi di barisan hadapan hotel,” kata Mike Fu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif YYForce. “Dengan Six Seven yang dibina berasaskan NVIDIA Jetson dan Isaac Sim dalam platform Workforce OS kami, kami mempercepat pelaksanaan komersial AI berjasad, sekali gus memperkasakan rakan niaga dalam sektor hospitaliti untuk meningkatkan mutu pengalaman tetamu sambil menangani cabaran penyediaan kakitangan barisan hadapan yang berterusan."
Penempatan konsierj hospitaliti ini dibangunkan berasaskan inisiatif khusus YYForce dalam latihan robotik dan pengumpulan data di Singapura dan Malaysia, sekali gus memajukan strategi lebih luas Syarikat untuk meluaskan penggunaan robot perkhidmatan komersial merentas persekitaran hospitaliti, peruncitan dan pengurusan fasiliti bersepadu.
Perihal YYForce Inc.
YYForce Inc. (NASDAQ: YFOR) ialah penyedia penyelesaian tenaga kerja diperkasakan AI dan pengurusan fasiliti bersepadu yang beroperasi di seluruh Asia dan pasaran antarabangsa. Berteraskan misinya untuk mentransformasikan pekerjaan barisan hadapan melalui AI, robotik dan penyelesaian tenaga kerja bersepadu, Syarikat ini menghimpunkan tenaga manusia, perisian pintar dan robotik komersial dalam satu ekosistem yang saling berhubung. Portfolionya merangkumi pemadanan tenaga kerja pintar (YY Circle, Yolara AI), pengurusan estet digital (24iFM), penempatan, penyewaan serta penyelenggaraan robot perkhidmatan dan pembangunan robot humanoid yang memenuhi keperluan sektor hospitaliti, pengurusan fasiliti, peruncitan, logistik dan industri lain yang bergantung kepada tenaga kerja barisan hadapan. Berpandukan visinya untuk membina masa depan pekerjaan yang membolehkan manusia dan teknologi pintar berkembang maju bersama, YYForce membantu perniagaan meningkatkan produktiviti, memperkaya pengalaman harian serta membangunkan tenaga kerja yang lebih pintar dan mampan.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.yyforce.ai.
Kenyataan Safe Harbor
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan mengikut maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang telah dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang telah dipinda, termasuk pernyataan mengenai penempatan, prestasi dan keupayaan robot konsierj humanoid Syarikat, penggunaan teknologi pengkomputeran AI dan simulasi pihak ketiga, serta rancangan YYForce untuk menskalakan robot perkhidmatan komersial merentas hospitaliti, peruncitan dan pengurusan fasiliti bersepadu. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa dan tertakluk kepada risiko serta ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara, termasuk prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan sistem robotik serta AI dalam persekitaran awam; ketepatan respons yang dijana AI; keperluan privasi data dan perlindungan data peribadi; kebergantungan kepada pembekal perkakasan dan perisian pihak ketiga, termasuk gangguan rantaian bekalan atau sekatan perdagangan; penerimaan dan permintaan pelanggan; jadual pelaksanaan penempatan; serta risiko lain yang dihuraikan dalam pemfailan Syarikat kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan berpandangan ke hadapan kecuali sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang.
NVIDIA, Jetson dan Isaac Sim ialah tanda dagangan NVIDIA Corporation. Rujukan kepada NVIDIA dan pihak ketiga lain adalah untuk tujuan makluman sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai sebarang bentuk pengendorsan oleh atau perkongsian dengan pihak-pihak tersebut, selain yang dinyatakan secara jelas.
Perhubungan Pelabur
YYForce Inc.
Jabatan Perhubungan Pelabur
E-mel: ir@yyforce.ai
Laman Web: https://www.yyforce.ai
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d5a614b6-c803-4c91-93b6-771e9a408c2e
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
